Monday, 24 June 2013

Balik USIM Siapkan Tesis~

Assalamualaikum semua :-)


Siapa kt sini student? Best kan jd student, tp sy dah hujung2 tanduk je kena lepaskan gelaran tu.. sedih :-(  Sy skrang ada kat kampus Universiti Sains Islam Malaysia utk siapkan tesis. Baru 4 bulan tinggalkan USIM, banyak benda dah berubah kt sini. Library, cafetaria, surau, kedai fotostat Pak Abu dll. 

Sekarang ni musim adik2 tegah final exam. Gigih mereka study. Semoga mereka berjaya mendapat keputusan yang baik. Rasa macam nak jadi student semula. Belum puas menimba ilmu dari ustaz2, ustazah2 dan jugak lecture2 lain. Kepada adik2 yang masih lagi di bangku sekolah, sahabat2 yg masih lg belajar kt kolej, universiti ke, ambillah sebanyak mungkin ilmu dr guru2. Klu x jd macam sy, nak blaja semula.. Sobs2!

Yang paling penting skrang ialah, KERJA ILMIAH yang x pandai nak siap2.. Waaa...sy nk grad tahun ni... huu.. Xpe2, mnggu ni In Sha Allah boleh siap n boleh dijilidkan. Hurm, susah jugak nak siapkan 1 research rupanya. Td Jumpa sv, dia ckp cmna ulama' yang besar2 dulu boleh karang kitab sampai berjilid2. Dulu mana ada komputer semua kan. X macam sekarang. Kemudahan banyak x terkira. Cuma tinggal  camana kita nk utilize semua tu.. *terfikir sejenak kata2 ustaz..hurmm..

Btw, untuk kawan2 yang masih gigih tgh siapkan kerja ilmiah tu, semoga berjaya, hehe.. Untuk diri sendiri jugak..k, daaa..


*sambung menulis........






Sunday, 2 June 2013

Jom Pergi Kenduri ( Jannah & Farhan)

Assalamualaikum semua :-)


Semalam 1Jun 2013 saya pergi kenduri kawan sekolah dekat Sentul. Kami rapat dari zaman sekolah menengah lagi. Saidatul Jannah & Farhan. Lupa pulak nama penuh jauz dia. hehe. Alhamdulillah majlis yang sederhana dan ringkas berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu. 

Majlis yang sederhana tanpa pembaziran lebih diberkati daripada kita buat majlis yang besar-besar, mengharapkan pujian dan sebagainya. Allah kan dah berfirman; 

"Sesungguhnya org2 yang pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya" (Al-Isra' - 27)


Saya puji juga dengan majlis ni. Tetamu yang datang ramai walaupun diadakan dengan sederhana dan tak pasang lagu Irwansyah bagai kan..hehe. Kami kawan-kawan yang datang sempat juga snap gambar dengan Jannah lepas tunggu turn.. Nak bergambar ngn pengantin kena tunggu turn jugak tau.. Raja sehari kan :)



Dari kiri: Saya, Jannah [ratu sehari :) ], Sue, Ain..

Ni la rupa pengantinnya. Comel kan :) Dan kami memang satu saiz pun, hehe. Ain je tinggi sikit..huhu. Masa zaman form 6 dulu ktorg 4 org ni la ke sana ke mari sama2.. 


Untuk Jannah, semoga dapat menjadi isteri yang solehah kepada suami. Dan dapat jadi ibu yang baik kepada bakal anak-anak yang bakal menyusul nanti.. Sekali lagi tahniah kepada Jannah & Farhan! Semoga kalian bahagia hingga ke Syurga.
Amiinn..